Rabu, 11 Julai 2018

Pelajaran Sekolah Sabat 02, Khamis 12 Julai 2018


Pelajaran Sekolah Sabat 02
Khamis, 12 Julai 2018

Buah-Buah Pertama

Kata-kata Petrus telah menghancurkan hati para pendengarnya. Beberapa di antara mereka mungkin sebahagian daripada yang menghendaki supaya Yesus disalibkan seminggu sebelumnya (Lukas 23:13-25). Tetapi sekarang, memahami bahawa Yesus orang Nazaret itu sesungguhnya telah dipilih Tuhan sebagai Juruselamat – mereka berseru dalam kesedihan: “Apa yang perlu kami lakukan?” (Kisah 2:37).

Sila baca Kisah 2:38. Apakah dua keperluan asas untuk pengampunan?

Pertaubatan bermaksud perubahan radikal arah hidup, meninggalkan dosa (Kisah 3:19; 26:20), bukan sekadar perasaan sedih atau penyesalan. Bersama dengan iman, pertaubatan sebenar adalah kurnia Tuhan, tetapi sama seperti semua kurnia, ia boleh ditolak (Kisah 5:31-33; 26:19-21; Roma 2:4).

Sejak masa Yohanes pembaptis, pertaubatan dikaitkan dengan baptisan (Markus 1:4). Ia itu, baptisan menjadi ungkapan hati yang bertaubat, suatu upacara melambangkan pembasuhan dosa-dosa dan pertumbuhan semula moral hasil Roh Kudus (Kisah 2:38; 22:16; bandingkan dengan Titus 3:5-7).

Sila baca Kisah 2:38, 39. Apakah janji istimewa diberikan kepada mereka yang bertaubat dan dibaptis?

Mereka yang menyertai Pentakosta telah diberi tawaran bukan sahaja pengampunan terhadap dosa-dosa, tetapi juga tentang kepenuhan Roh Kudus untuk pertumbuhan pribadi, pelayanan dalam gereja dan teristimewa untuk misi. Barangkali inilah berkat yang terbesar di antara segala berkat, oleh kerana tujuan asal kewujudan gereja ialah untuk bembahagikan khabar baik tentang injil (1 Petrus 2:9). Jadi, dari sudut ini ke hadapan, mereka mendapat jaminan keselamatan dan kuasa Roh Kudus, di mana membolehkan mereka untuk misi yang mana gereja itu dipanggil.

Mengapa dengan kesedaran kita “pengampunan ke atas dosa-dosa anda” begitu penting bagi seseorang yang mahu mengumandangkan injil? Lagipun, apakah harapan yang anda boleh tawarkan kepada orang lain tentang Yesus jika anda sendiri tidak mempunyainya?

Sabbath School Lesson 2
Thursday  July 12

The Firstfruits

Peter’s hearers were cut to the heart by his words. Some of them might have been among those who asked for Jesus’ crucifixion a few weeks before (Luke 23:13-25). But now, persuaded that Jesus of Nazareth was indeed God’s appointed Messiah, they cried out in sorrow: “What shall we do?” (Acts 2:37).

Read Acts 2:38. What are the two basic requirements for forgiveness?

Repentance means a radical change of direction in life, a turning away from sin (Acts 3:19, 26:20), rather than simply a feeling of sadness or remorse. Together with faith, true repentance is a gift of God, but like all gifts, it can be rejected (Acts 5:31-33, 26:19-21, Rom. 2:4).

Since the time of John the Baptist, repentance was associated with baptism (Mark 1:4). That is, baptism became an expression of repentance, a rite symbolizing the washing away of sins and the moral regeneration produced by the Holy Spirit (Acts 2:38, 22:16; compare with Titus 3:5-7).

Read Acts 2:38, 39. What special promise is given to those who repent and are baptized?

The people at Pentecost were offered not only forgiveness of sins but also the fullness of the Spirit for personal growth, for service in the church, and especially for mission. This was perhaps the greatest of all blessings, for the main reason the church exists is to share the good news of the gospel (1 Pet. 2:9). So, from this point forward, they would have assurance of salvation and the power of the Holy Spirit, which would enable them for the mission to which the church had been called.


Why is the realization that we have “the remission of your sins” so important for anyone who wants to proclaim the gospel? After all, what hope can you offer to others in Jesus if you don’t have it yourself?

Disalin semula : A. A. Pondili

Tiada ulasan:

Catat Ulasan