Khamis, 26 Julai 2018

Pelajaran Sekolah Sabat 04, Jumaat 27 Julai 2018


Pelajaran Sekolah Sabat 04
Jumaat, 27 Julai 2018

Kajian Tambahan : Akibat daripada penganiayaan yang telah melanda gereja di Jerusalem meberi dorongan dan semangat kepada pekerjaan injil. Kejayaan telah mengiringi pelayanan firman di tempat itu dan terdapat bahayanya bahawa para rasul berlengah-lengah terlalu lama di sana; tidak menghiraukan seruan Juruselamat untuk pergi ke seluruh dunia. Melupakan bahawa kekuatan untuk menentang kejahatan yang paling baik diperolehi adalah dengan pelayanan yang agresif; mereka mula berfikir bahawa mereka tidak ada pekerjaan yang lebih penting selain daripada melindungi gereja di Jerusalem daripada serangan-serangan musuh. Daripada tidak mendidik anggota yang baru untuk meneruskan pekerjaan injil kepada mereka yang belum mendengar, sebaliknya, mereka berada dalam bahaya untuk mengambil halatuju yang menuntun semua agar berpuashati dengan apa yang telah tercapai. Demi menyelerakkan utusan-utusanNya pergi ke luar negeri, di mana mereka dapat bekerja untuk orang lain, Tuhan mengizinkan penganiayaan menimpa mereka. Usaha bersama orang-orang percaya dari Jerusalem ‘pergi ke setiap tempat mengkhutbahkan firman Tuhan.’”-Ellen G. White, The Acts of the Apostles, ms. 105.

Soalan-Soalan Perbincangan :

1. Sila baca dengan teliti petikan Ellen G. White di atas tentang bahaya-bahaya yang dihadapi oleh gereja awal dengan merasa berpuashati dengan diri mereka sendiri dan dengan apa yang telah mereka capai. Pertama, ia bermaksud bahawa bertentangan dengan pendapat umum, ramai orang Yahudi sesungguhnya menerima Yesus sebagai Mesias. Tetapi, yang lebih penting, apakah amaran jika kita sebagai kumpulan orang mendapat pelajaran daripadanya hari ini? Bagaimana kita merasa pasti bahawa kita tidak terlalu terperangkap daripada memelihara apa yang kita sudah ada, sebagai menentang untuk melakukan apa yang benar-benar sepatutnya kita lakukan iaitu menjangkau keluar, seluruh dunia?

2. Sehingga pada zaman para rasul, hubungan di antara orang-orang Samaria dan orang-orang Yahudi meninggalkan kesan berabad-abad lamanya dengan permusuhan yang menakutkan. Apaakah yang kita pelajari daripada fakta bahawa Filipus, mungkin orang Yahudi, memikul kesaksian tentang Yesus di Samaria? Sekalipun sebagai Seventh-day Adventist, kita tidak kebal dengan pengaruh sifat berat sebelah budaya dan etnik. Apakah yang sepatutnya diajar oleh Salib kepada kita tentang bagaimana kita semua sama di hadapan Tuhan? Demikian juga, apakah sepatutnya kematian sejagat Kristus ajarkan kepada kita tentang nilai sebenar setiap manusia?

3. Bagaimanakah Filipus menghampiri orang Etiopia (8:27-30)? Bagaimanakah kita agar lebih terbuka kepada peluang-peluang untuk membahagikan injil kepada orang lain?

4. Apakah yang kita pelajari daripada Kisah 6-8 yang mungkin membantu kita untuk memenuhi misi gereja dengan lebih berkesan?

Sabbath School Lesson 4
Friday July 27

Further Study: “The persecution that came upon the church in Jerusalem resulted in giving a great impetus to the work of the gospel. Success had attended the ministry of the word in that place, and there was danger that the disciples would linger there too long, unmindful of the Saviour’s commission to go to all the world. Forgetting that strength to resist evil is best gained by aggressive service, they began to think that they had no work so important as that of shielding the church in Jerusalem from the attacks of the enemy. Instead of educating the new converts to carry the gospel to those who had not heard it, they were in danger of taking a course that would lead all to be satisfied with what had been accomplished. To scatter His representatives abroad, where they could work for others, God permitted persecution to come upon them. Driven from Jerusalem, the believers ‘went everywhere preaching the word.’ ”—Ellen G. White, The Acts of the Apostles, p. 105.

Discussion Questions:

1. Read carefully the Ellen G. White quote above about the dangers the early church faced in regard to being satisfied with themselves and what was accomplished through them. First, it means that, contrary to popular notions, many Jews did indeed accept Jesus as the Messiah. But even more important, what warning should we as a people take away from this today? How can we be sure that we aren’t getting too caught up in protecting what we already have, as opposed to doing what we really should be doing—reaching out to the world?

2. By the time of the apostles, the relations between Jews and Samaritans were marked by centuries of fierce hostilities. What can we learn from the fact that Philip, likely a Jew, bore witness of Jesus in Samaria? Even as Seventh-day Adventists, we are not immune to cultural and ethnic biases. What should the Cross teach us about how we are all the same before God? What, too, should the universality of Christ’s death teach us about the infinite value of every human being?

3. How did Philip approach the Ethiopian (Acts 8:27-30)? How can we be more open to opportunities to share the gospel with others?


4. What have we learned from Acts 6-8 that might help us to fulfill the church mission more effectively?

Disalin semula oleh : A. A. Pondili

Tiada ulasan:

Catat Ulasan