Ahad, 29 Julai 2018

Pelajaran Sekolah Sabat 05, Isnin 30 Julai 2018


Pelajaran Sekolah Sabat 05
Isnin, 30 Julai 2018

Dalam Perjalanan Ke Damsyik

Sila baca Kisah 9:3-9. Apakah yang telah berlaku setelah Paulus menghampiri Damsyik? Apakah maksud kepada kata-kata Yesus dalam Kisah 9:5 (rujuk juga Kisah 26:14)?

Sementara Paulus dan teman-temannya menghampiri Damsyik, perkara yang tidak disangka-sangka berlaku: menjelang tengah hari mereka mengalami cahaya yang sangat terang daripada Syurga beserta dengan suara kedengaran bercakap. Kejadian tersebut bukan semata-mata satu penglihatan dalam pengertian nubuatan tetapi manifestasi ilahi yang ditujukan semata-mata kepada Paulus. Teman-temannya melihat cahaya tersebut, tetapi hanya Paulus yang menjadi buta; mereka mendengar suara; namun, hanya Paulus yang memahaminya. Cahaya tersebut adalah kemuliaan ilahi Yesus yang telah dibangkitkan, dengan sendiriNya muncul di hadapan Paulus pada ketika itu (Kisah 22:14). Di tempat lain Paulus menegaskan bahawa dia telah melihat Yesus yang membuatnya sama dengan dua belas sebagai saksi kebangkitan dan kuasa rasulNya (1 Korintus 9:1; 15:8).

Dialog berikutnya dengan Yesus melanda Paulus jauh lebih daripada cahaya itu sendiri. Paulus benar-benar yakin bahawa, dengan menyerang pengkitu Yesus dari Nazareth, dia melakukan kerja Tuhan dalam memurnikan Judaisme dari bidaah yang berbahaya dan dahsyat itu. Bagaimanapun, dengan kekeciwaannya, dia mempelajari bukan sahaja Yesus itu hidup tetapi juga bahawa dengan menimbulkan penderitaan kepada pengikut-pengkutNya, dia juga menyerang Yesus sendiri.

Apabila bercakap dengan Saulus, Yesus menggunakan kata-kata pepatah yang dijangka berasal daripada Ibrani yang sudah pasti Paulus biasa dengannya: “ ‘Sukar bagimu menendang ke galah rangsang’” (Kisah 26:14). Imejnya adalah bahawa seekor lembu betina cuba bergerak melawan tongkat tajam yang digunakan untuk membimbingnya. Apabila ia berlaku, haiwan itu hanya menyakitkan dirinya sendiri lebih parah lagi.

Pepatah ini menimbbulkan perjuangan dalam minda Paulus – Alkitab merujuknya sebagai karya Roh (Yohanes 16:8-11) yang dapat kembali kepada apa yang terjadi dengan Stefanus. “Saulus telah mengambil bahagian yang menonjol ketika dalam perbicaraan dan menjatuhkan hukuman ke atas Stefanus, maka bukti-bukti yang nyata kehadiran Tuhan dengan orang yang mati syahid telah menyebabkan Saulus meragukan kebenaran ke atas sebab sokongannya menentang pengikut-pengkitu Yesus. Fikirannya benar-benar keliru. Dalam kebingungannya, dia merayu kepada mereka yang mempunyai kebijaksanaan dan penghakiman yang dia mempunyai keyakinan penuh. Argumen-argumen para imam dan penguasa akhirnya menyakinkananya bahawa Stefanus adalah penghujat, semntara Kristus yang dikhutbahkan oleh murid martir itu adalah penipu dan orang-orang yang melayani di tempat kudus itu benar.”-Ellen G. White, The Acts of the Apostles, ms. 112, 113.

Mengapakah bahawa adalah bijak untuk memberi perhatian kepada hati nurani anda?

Sabbath School Lesson 5
Monday July 30

On the Damascus Road

Read Acts 9:3-9. What happened when Paul was approaching Damascus? What is the significance of Jesus’ words in Acts 9:5 (see also Acts 26:14)?

As Paul and his companions neared Damascus, the unexpected happened: about noon they experienced an intensely bright light from heaven and a voice speaking. This was not merely a vision in the prophetic sense but a divine manifestation, aimed somewhat exclusively at Paul. His companions saw the light; yet, only Paul was blinded; they heard the voice; yet, only Paul understood it. The light was the divine glory of the risen Jesus, who personally appeared to Paul at that moment (Acts 22:14). Elsewhere Paul insists that he had seen Jesus, which made him equal to the Twelve as a witness of His resurrection and apostolic authority (1 Cor. 9:1, 15:8).

The ensuing dialogue with Jesus struck Paul infinitely more than the light itself. Paul was absolutely convinced that, by attacking the followers of Jesus of Nazareth, he was doing God’s work in purifying Judaism from that dangerous and dreadful heresy. To his dismay, however, he learned not only that Jesus was alive but also that by inflicting suffering on His believers he was attacking Jesus Himself.

When speaking to Saul, Jesus used a proverbial saying supposedly of Greek origin that Paul certainly was familiar with: ”It is hard for you to kick against the goads” (Acts 26:14, NKJV). The image is that of a yoke ox trying to move against the sharp stick used to guide it. When that happens, the animal only hurts itself even more.

This saying may point to a struggle in Paul’s mind—the Bible refers to this as the work of the Spirit (John 16:8-11)—that could go back to what happened with Stephen. “Saul had taken a prominent part in the trial and conviction of Stephen, and the striking evidences of God’s presence with the martyr had led Saul to doubt the righteousness of the cause he had espoused against the followers of Jesus. His mind was deeply stirred. In his perplexity he appealed to those in whose wisdom and judgment he had full confidence. The arguments of the priests and rulers finally convinced him that Stephen was a blasphemer, that the Christ whom the martyred disciple had preached was an impostor, and that those ministering in holy office must be right.”—Ellen G. White, The Acts of the Apostles, pp. 112, 113.


Why is it wise to pay heed to your conscience?

Disalin semula oleh : A. A. Pondili

Tiada ulasan:

Catat Ulasan