Sabtu, 4 Ogos 2018

Pelajaran Sekolah Sabat 06, Ahad 05 Ogos 2018


Pelajaran Sekolah Sabat 06
Ahad, 05 Ogos 2018

Di Lidia Dan Yopa

Petrus telah membuat lawatan ke masyarakat Kristian di sepanjang pantai kawasan Yudea. Tujuannya mungkin untuk memberi penerangan tentang doktrin kepada mereka (Kisah 2:42), tetapi, Tuhan gunakan dia berkuasa untuk mengadakan mukjizat dengan cara yang sama seperti yang dilakukan oleh Yesus sendiri.

Sila baca Kisah 9:32-35. Apakah persamaan-persamaan yang anda dapat lihat di dalam mukjizat Yesus dalam Lukas 5:17-26 dengan penyembuhan ke atas Eneas?

Walaupun kekurangan laporan, keajaiban ini mengingatkan kepada kita tentang kisah seorang lumpuh daripada Kapernaum yang disembuhkan oleh Yesus (Lukas 5:17-26). Sedangkan perincian tentang tilampun serupa. Bagaimanapun, yang terpenting ialah kesan daripada penyembuhan Eneas, bukan sahaja di Lidia tetapi juga di dataran pantai Seron. Setelah mengesahkan reality keajaiban itu, ramai orang berpaling kepada Tuhan.

Sila baca Kisah 9:36-43. Ulang semula cerita kebangkitan Tabitha. Apakah yang istimewa sekali dengan orang ini?

Tabitha-bahasa Aramaik untuk “gazelle;” bahasa Greeknya Dorcas-adalah orang percaya yang sangat dikasihi di kalangan jiran tetangganya kerana kerja amalnya di kalangan Kristian. Cerita tentang kebangkitannya juga terdapat persamaan dengan mukjizat yang dilakukan oleh Yesus, iaitu kebangkitan anak perempuan Jairus (Lukas 8;41, 42, 49-56), di mana Petrus sendiri telah menyaksikannya. Berikutan dengan contoh daripada Yesus, dia suruh semua orang meninggalkan bilik tersebut (rujuk Markus 5:40). Kemudian dia berlutut dan berdoa, selepas itu dia memanggil wanita yang mati itu, “ ‘Tabitha, bangkitlah’ “ (Kisah 9:40).

Para rasul melakukan banyak mukjizat; namun, sebenarnya, semua itu adalah tindakan Tuhan melalui tangan para rasul (Kisah 5:12). Persamaan dengan mukjizat yang dilakukan Yesus adalah mungkin untuk mengingatkan gereja, termasuklah kita sekarang, bahawa perkara yang paling penting bukan kerana siapakah alat itu tetapi ukuran penyerahan seseorang kepada Tuhan (rujuk Yohanes 14:12). Apabila kita benarkan Tuhan menggunakan kita sepenuhnya untuk orang lain, perkara-perkara besar akan berlaku. Petrus bukan sahaja membangkitkan Tabitha, tetapi mukjizat tersebut juga membawa ramai orang percaya kepada Tuhan di Yope (Kisah 9:42).

Beberapa orang berfikir bahawa jika hanya mereka melihat mukjizat sebenarnya, seperti yang berlaku di Yope, lalu mereka akan percaya. Walaupun pada suatu ketika mukjizat menuntun beberapa orang untuk beriman, Alkitab dipenuhi dengan cerita-cerita tentang mereka yang melihat mukjizat-mukjizat namun masih tidak percaya. Oleh itu, pada dasar apakah iman kita itu?

Sabbath School Lesson 6
Sunday August 5

At Lydda and Joppa

Peter was visiting the Christian communities through the coastal region of Judea. His purpose was probably to give them doctrinal instruction (Acts 2:42), but God used him powerfully to perform miracles in the same fashion as those performed by Jesus Himself.

Read Acts 9:32-35. What similarities do you see in the miracle of Jesus in Luke 5:17-26 and the healing of Aeneas?

Despite the brevity of the account, the miracle reminds us of the well-known story of the Capernaum paralytic healed by Jesus (Luke 5:17-26). Even the detail about the bed is similar. More important, however, was the impact of Aeneas’s cure, not only in Lydda but also in the coastal plain of Sharon. Having verified for themselves the reality of the miracle, many people turned to the Lord.

Read Acts 9:36-43. Review the story of Tabitha’s resurrection. What was so special about her?

Tabitha—the Aramaic for “gazelle” in Greek, Dorcas—was a believer very dear in her neighborhood because of her works of Christian charity. The story of her resurrection also parallels a miracle performed by Jesus, the resurrection of Jairus’s daughter (Luke 8:41, 42, 49-56), which Peter had witnessed. Following Jesus’ example, he asked everybody to leave the room (see Mark 5:40). Then he knelt down and prayed, after which he called to the dead woman, ”Tabitha, get up” (Acts 9:40, NRSV).

The apostles performed many miracles; yet, in fact, these were God’s actions through the apostles’ hands (Acts 5:12). The similarities with Jesus’ own miracles were perhaps to remind the church, including us today, that what matters most is not so much who the instrument is but the measure of his/her surrender to God (see John 14:12). When we fully allow God to use us for the gospel’s cause, great things can happen. Peter not only resurrected Tabitha, but the miracle also led to many conversions in Joppa (Acts 9:42).


Some people think that if only they could see a real miracle, such as what happened here, then they would believe. And though at times miracles helped lead some people to faith, the Bible is filled with stories of those who saw miracles and still didn’t believe. On what, then, should our faith be based?

Disalin semula oleh : A. A. Pondili

Tiada ulasan:

Catat Ulasan