Ahad, 12 Ogos 2018

Pelajaran Sekolah Sabat 07, Isnin 13


Pelajaran Sekolah Sabat 07
Isnin, 13 Ogos 2018

Pisidia Antiokhia Bahagian 1

Daripada Siprus, Paulus dan rakan-rakannya belayar ke Pirga, Pamfilia, bahagian selatan pantai Turki moden. Sebelum mereka berpindah ke Pisidia Antiokhia, Lukas melaporkan dua perubahan secara kebetulan yang bermakna: Paulus menjadi tokoh utama (sehingga di sini, Barnabas selalu disebut yang pertama) dan Lukas berhenti menggunakan nama Paulus dalam bahasa Yahudi (“Saulus”) dan mula merujuk dia hanya sebagai “Paulus” (Kisah 13:9). Kemungkinan disebabkan bermula sekarang, Paulus mendapati dirinya selalu berada dalam persekitaran Roma-Greko.

Kisah 13:13 merekodkan Yohanes Markus kembali ke Jerusalem. Kita tidak diberitahu dalam ayat-ayat itu sendiri tentang sebab bagi pemergian Yohanes Markus. Ellen G. White menulis bahawa, menghadapi ketakutan dan kekecewaan kerana kesukaran di hadapan mereka, “Markus telah diugut dan hilang semua keberanian, enggan untuk pergi lebih jauh lalu kembali ke Jerusalem.”-The Acts of the Apostles, ms. 170. Tuhan tidak pernah berjanji bahawa selalunya mudah. Disebaliknya, Paulus mengetahui sejak permulaan bahawa pelayanannya bagi Yesus akan melibatkan kesengsaraan yang banyak (Kisah 9:16), tetapi dia telah belajar untuk bergantung sepenuhnya kepada kuasa Tuhan dan disitulah letaknya rahsia kekuatannya (2 Korintus 4:7-10).

Sila baca Kisah 13:38. Apakah inti mesej Paulus pada rumah ibadat di Antiokhia?

Dalam Kisah 13:16-41 mengandungi catatan khutbah Paulus yang pertama dalam buku Perjanjian Baharu. Namun, bukan pula khutbah pertama Paulus telah sampaikan dan tidak ada persoalan bahawa ia hanya mewakili ringkasan tentang apa yang dia telan katakan.

Khutbah tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian: Ia bermula dengan mengongsikan kepercayaan tentang pilihan Tuhan bangsa Israel dan kemaharajaan Daud (Kisah 13:17-23); bahagian ini bertujuan untuk mengukuhkan maksud hubungan dengan pendengar Yahudinya. Seterusnya, memperkenalkan Yesus sebagai kepenuhan janji-janji Tuhan dan keturunan Daud yang akan membawa keselamatan kepada bangsa Israel (Kisah 13:24-37). Bahagian penutupnya adalah amaran bertentangan menolak keselamatan yang ditawarkan melalui Yesus (Kisah 13:38-41).

Klimaks khutbahnya dalam ayat-ayat 38 dan 39, yang melampirkan inti mesej Paulus tentang pembenaran. Pengampunan dan pembenaran boleh diperoleh hanya melalui Yesus, bukan melalui hukum Musa. Pada perenggan ini tidak mengatakan bahawa hukum itu telah dibatalkan. Ia hanya menonjolkan ketidakupayaannya untuk melakukan apa yangdiharapkan oleh orang Yahudi, iaitu, pembenaran (Roma 10:1-4). Prerogatif semacam itu terletak hanya dengan Yesus Kristus (Galatia 2:16).

Apakah yang dimaksudkan bahawa keselamatan hanya melalui Yesus? Bagaimanakah anda menyelaraskan keperluan untuk memelihara hukum moral Tuhan dengan hakikat bahawa undang-undang tidak dapat membenarkan?

Sabbath School Lesson 07
Monday August 13

Pisidian Antioch: Part I

From Cyprus, Paul and his companions sailed to Perga, in Pamphylia, on the southern coast of modern Turkey. Before they moved on to Pisidian Antioch, Luke reports two significant incidental changes: Paul becomes the leading figure (up until here, Barnabas is always mentioned first) and Luke stops using Paul’s Jewish name (“Saul”) and starts referring to him only as “Paul” (Acts 13:9). This is probably because from now on Paul finds himself mostly in a Greco-Roman environment.

Acts 13:13 records John Mark’s going back to Jerusalem. We are not informed in the texts themselves of the reason for John Mark’s desertion. Ellen G. White wrote that, faced with fear and discouraged because of the hardship ahead of them, “Mark was intimidated and, losing all courage, refused to go farther and returned to Jerusalem.”—The Acts of the Apostles, p. 170. God never promised it would be easy. On the contrary, Paul knew from the very beginning that his service for Jesus would involve much suffering (Acts 9:16), but he learned to rely entirely on God’s power, and in that lay the secret of his strength (2 Cor. 4:7-10).

Read Acts 13:38. What was the essence of Paul’s message in the Antioch synagogue?

Acts 13:16-41 contains the first of Paul’s sermons recorded in the New Testament. It was not, of course, the first sermon Paul gave, and there is no question that it represents only a brief summary of what he said.

The sermon is divided into three main parts. It begins with shared beliefs about God’s election of Israel and the kingship of David (Acts 13:17-23); this part is intended to establish a point of contact with his Jewish audience. Next, it presents Jesus as the fulfillment of God’s promises of a descendant of David who could bring salvation to Israel (Acts 13:24-37). The concluding part is a warning against rejecting the salvation that is offered through Jesus (Acts 13:38-41).

The climax of the sermon is verses 38, 39, which enclose the core of Paul’s message on justification. Forgiveness and justification are available only through Jesus, not through Moses’ law. This passage does not say that the law has been abrogated. It only highlights its inability to perform what the Jews expected it to do, namely, justification (Rom. 10:1-4). Such prerogative rests solely with Jesus Christ (Gal. 2:16).


What does it mean that salvation is only through Jesus? How do you reconcile the necessity to keep God’s moral law with the fact that the law is unable to justify?

Disalin semula oleh : A. A. Pondili

Tiada ulasan:

Catat Ulasan